
vivo V9 yang rasmi diumumkan pada 26 Mac 2018 kini telahpun dijual di Satu Gadget Dot Com bermula 31 Mac 2018. Menampilkan paparan skrin ‘rongak’ berukuran 6.3 inci dengan nisbah 19:9 untuk meningkatkan saiz skrin sebanyak 52% berbanding vivo V7+ yang diperkenalkan sebelum ini.
Apa yang mengejutkan, jualan vivo V9 pecah rekod di mana lebih sejuta unit telah terjual pada hari pertama ini! Ini terbukti, selain harga yang mampu milik iaitu RM1,399, peranti ini juga telah menawarkan spesifikasi yang boleh dianggap terkini! Setiap pembeli vivo V9 akan mendapat kotak hadiah misteri dan tambahan jaminan waranti selama 6 bulan.
Selain itu, 10 pelanggan terawal yang membeli vivo V9 di kedai vivo pula akan mendapat hadiah bonus berupa Beg Travel Premium Edisi Terhad. Tidak ketinggalan, setiap pembeli berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi sepasang tiket FIFA World Cup, sementara stok masih ada.
vivo V9 menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan teknologi terkini, AI Face Beauty. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.
Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓