Boost #KasiTambah Lebih Banyak Ganjaran untuk ePENJANA dengan Jumlah Lebih Daripada RM130 untuk Setiap Pengguna!!!

Bagi menggalakkan warga Malaysia untuk menghayati gaya hidup digital, e-dompet tempatan Boost melancarkan kempen #KasiTambah bersempena inisiatif ePENJANA. Kempen menawarkan ganjaran dan hadiah istimewa dan ganjaran termasuk peluang untuk membawa pulang Perodua Myvi ataupun motosikal Yamaha sebagai tambahan kepada insentif ePENJANA RM50 yang diberikan oleh Kerajaan.

Insentif RM50 ePENJANA bermula secara rasmi pada hari ini, 31 Julai dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 dan merupakan pengguna berdaftar di aplikasi MySejahtera. 

Pengguna boleh menuntut insentif RM50 ePENJANA dengan langkah berikut

  1. Di tab ‘Profile’, klik ‘My Wallet’, kemudian klik ‘Upgrade to Premium Wallet’ 
  2. Ikuti arahan untuk mengambil gambar IC dan swafoto
  3. Klik ‘Submit’ dan tunggu notifikasi pengesahan berjaya yang akan dilaksanakan dalam satu (1) hari bekerja
  4. Setelah pengesahan selesai, pergi ke halaman tuntutan ePENJANA RM50 dari ‘What’s New’ di laman Utama dan klik butang hantar tuntutan. Pemeriksaan kelayakan akan dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN dan MySejahtera. Pengguna akan menerima notifikasi dalam tempoh lima (5) hari setelah mengemukakan tuntutan
  5. Setelah pengesahan dan semakan kelayakan diluluskan, RM50 akan dikredit secara automatik ke dalam akaun Boost, dan sedia untuk digunakan.

#KasiTambah Lebih Banyak Ganjaran

Setiap pengguna yang berjaya menuntut insentif ePENJANA akan menerima ganjaran tambahan bernilai melebihi RM80, berbentuk baucer RM60 untuk menerima diskaun bersamaan nilai satu tahun penggunaan Celcom Postpaid XP Lite, serta ganjaran ‘Partner Wallet’ secara bundle bernilai sebanyak RM20 dan boleh digunakan untuk pembayaran bil, tambah nilai prabayar, insurans mikro, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan, serta F&B.

Penuntut insentif yang berjaya turut berpeluang memenangi hadiah bulanan termasuk:

  • Perodua Myvi 1.5L AV AT 2020
  • Motosikal Yamaha Y15ZR
  • Baucar Shopee RM100 
  • Kredit e-dompet RM50 di Partner Wallet untuk dibelanjakan untuk barangan runcit, F&B atau kesihatan & kecantikan

You might also like