

Wiko Mobile hari ini telah memperkenalkan tiga model smartphone mereka dikenali sebagai UFEEL, UFEEL LITE dan ROBBY. Menurut Ken Ang (Wiko Mobile Business Development Director Malaysia) adalah rahsia kejayaan mereka sejak diperkenalkan pada Januari 2016 adalah mereka sentiasa menawarkan smartphone yang dilengkapi teknologi terbaru dan reka bentuk moden pada harga yang berpatutan.
Wiko UFEEL adalah watak utama pada upacara pelancaran ini, ia mempunyai spesifikasi terbaik di antara ketiga-tiga model yang dilancarkan. UFEEL menawarkan fungsi tetapan 5 cap jari untuk 5 arahan khas, membolehkan anda melancarkan aplikasi kegemaran dan mengakses media di dalam smartphone anda. UFEEL dikuasakan cip pemproses Quad Core 1.3 GHz, RAM 3 GB dan sambungan 4G LTE. Menurut Ken Ang, kemas kini mod Dual View untuk kamera yang membolehkan kamera hadapan dan belakang merekod dan mengambil gambar serentak akan hadir melalui kemas kini OTA sekitar penghujung bulan Jun nanti.
Harga Jualan Wiko UFEEL: RM 699


Wiko UFEEL LITE pula merupakan saudara terdekat kepada UFEEL, sekali imbas memang nampak lebih kurang sama, tetapi kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri. Ia juga menawarkan fungsi pengesan cap jari yang boleh digunakan untuk mengunci peranti, mengakses media dan juga melancarkan aplikasi. Di samping itu ia juga hadir dengan versi Android terbaru. Marshmallow 6.0.
Harga Jualan Wiko UFEEL Lite: RM 569


Wiko ROBBY adalah dari keluarga “y” yang menawarkan fungsi entertainment yang sangat baik. Ia mempunyai skrin 5.5 inci HD IPS yang mampu memberikan kontras paparan yang baik. Selain paparan berkualiti, ROBBY juga mempunyai set speaker berkualiti tinggi yang dibantu pula dengan teknologi Auro 3D Audio yang mampu memberikan efel 3D kepada pendengar.


Harga Jualan Wiko ROBBY: RM 449