Xiaomi CC9 Bakal Diperkenal Pada 2 Julai 2019 – Sokong Kamera Selfie 32MP + Kamera Utama 48MP?

Media sosial kini dihebohkan dengan berita mengenai kemunculan pendatang baru Xiaomi iaitu Xiaomi CC9. Difahamkan Xiaomi CC membawakan makna kepada Colorful & Creative – berfokuskan pada kalangan remaja.

Menjelang pelancaran, beberapa spesifikasi utama peranti telah mula terdedah dan muncul di media sosial. Memetik maklumat tersebar, Xiaomi CC9 dijangka menyertakan takuk kecil pada paparan hadapan dan menggunakan pemproses Snapdragon 712 sebagai tunjang utama.

Untuk keupayaan kamera, Xiaomi CC9 dijangka membawakan kamera utama dengan resolusi 48MP (penggunaan lensa masih belum dikenal pasti) dan kamera selfie sebesar 32MP. Selain itu, peranti ini juga dijangka menyertakan bateri sebesar 4,000 mAh di dalamnya.

Pada masa sama, imej kotak bungkusan dan sample gambar selfie juga telah bocor di media sosial. Memetik imej tersebar, kotak bungkusan Xiaomi CC9 dihiasi kemasan lebih bewarna dan terdapat tulisan memperlihatkan penjenamaan peranti – Xiaomi CC9 pada hadapan kotak.

Bercakap tentang mengenai hasil gambar selfie, berikut kami kongsikan beberapa contoh foto yang diambil daripada peranti tersebut :

Xiaomi CC9 bakal diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada 2 Julai 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di Beijing, China. Xiaomidijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model iaitu Xiaomi CC9 dan Xiaomi CC9 edisi Meitu. Sama-sama kita tunggu!

You might also like