Acer Mengumumkan Barisan Peranti Permainan Video Predator Terbaru – Triton 900 + Predator Helios 300 + Nitro 5 + Nitro 7!

- Iklan -

Acer Malaysia hari ini telah memeriahkan Sunway Pyramid dengan membawa barisan komputer riba permainan video yang cukup menggiurkan, antaranya adalah Acer Predator Triton 900, Predator Helios 300 serta Acer Nitro 5 dan Nitro 7.

Predator Triton 900 – Pengalaman Permainan Video yang Berbeza

Predator Triton 900 berjaya memenangi anugerah iF Design dan Computex d&i 2019, komputer riba ini direka untuk peminat permainan video dan pakar teknologi yang mahukan satu pengalaman bermain yang sungguh memuaskan.

Reka bentuk Predator Triton 900 yang unik diserlahkan menerusi Ezel Aero Hinge™ yang menggunakan mesin CNC di mana paparan bersaiz 17.3 inci boleh diterbalikkan, dipanjangkan atau diturunkan.

Anda boleh pilih 4 mod yang berlainan:

  • Mod Paparan: membolehkan skrin dikongsi dengan rakan-rakan ketika bermain permainan video
  • Mod Ezel: bermain permainan video pada skrin sentuh
  • Mod Notebook: tradisi bermain permainan video yang biasa
  • Mod Stand: menukar Triton 900 menjadi sebuah tablet untuk bermain permainan video atau menggunakan creator tools.

Predator Triton 900 dilengkapi dengan Trackpad di tepi papan kekunci mekanikal, di samping hotkey khas, TURBO key dan PredatorSense™ key turut disertakan bagi membolehkan anda mengakses aplikasi utiliti dengan hanya satu klik. Tambahakan lagi, PredatorSense™ membolehkan anda memantau atau melakukan overclock ke atas komputer riba ini melalui peranti pintar mereka ketika sedang bermain tanpa perlu menghentikan permainan!

Didatangkan bersama jaminan selama dua tahun di tapak + Kecurian/Kerosakan , Predator Triton 900 boleh didapati mulai sekarang melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara pada harga RM15,999.

Spesifikasi Predator Triton 900:
  • Pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9
  • Kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2080 & 8GB GDDR6 VRAM khas
  • Teknologi Aeroblade™ 3D generasi ke-4
  • 16GB DDR4 RAM (2x 8GB; boleh dinaik taraf kepada 32GB DDR4 RAM 2x16GB) & 1TB (2x 512GB) PCIe NVMe SSD

 

Predator Helios 300 (2019) – Peranti Permainan Video Kelas Pertengahan Yang Stabil

Predator Helios kini kembali dengan penampilan baharu yang lebih kemas dan canggih dalam warna hitam dan biru! Predator Helios 300 (2019) dilengkapi pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9 bersama NVIDIA® GeForce® RTX 2060, reka bentuk tampil lebih nipis iaitu 22.9mm, kurang 3.8mm berbanding model tahun 2018.

Predator Helios 300 dilengkapi Teknologi Kipas AeroBlade™ 3D Generasi ke-4, ia mampu mengawal suhu peranti supaya boleh beroperasi dengan stabil dengan keupayaan 45% aliran udara yang lebih baik berbanding kipas biasa, serta 35% lebih senyap.

Komputer riba ini boleh didapati mulai sekarang di stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara, dengan harga bermula RM6,199 (Intel® Core™ i7) dan RM5,399 (Intel® Core™ i5).

 

Acer Nitro 5 & Nitro 7 (2019) – Peranti Berkuasa Mampu Milik

Selain Predator Triton 900 dan Helios 300, siri Nitro juga tampil wajah baharu bagi Nitro 5 dan Nitro 7. Acer Nitro 5 hadir dengan paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 atau 17.3 inci dengan reka bentuk bezel nipis, membolehkan anda menikmati permainan video kegemaran dalam perincian luar biasa. Manakala Nitro 7 direka untuk mereka yang mahukan rekaan dan prestasi terbaik, mempunyai chasis besi kemas serba baharu yang hanya setebal 19.9mm.

Siri Nitro baharu ini hadir dengan paparan 144Hz untuk permainan video yang lancar dan mengujakan, dilengkapi pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9 dan NVIDIA® GeForce® GTX1660Ti. Memori dalaman didatang dengan dua slot M.2 PCIe SSD dan dua slot DDR4 RAM, mampu menampung kapasiti sehingga 32GB. Ciri dua bilah kipas dengan teknologi Acer CoolBoost™ turut disediakan untuk memastikan peranti kekal dingin, walaupun dalam tempoh permainan yang panjang.

Acer Nitro 7 dijual pada harga bermula RM4,899, manakala Nitro 5 dijual pada harga bermula RM3,499 (15.6 inci) dan RM4,899 untuk model 17.3 inci. Anda boleh dapatkan di stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.

Pelancaran peranti-peranti baharu ini diikuti dengan Jerayawara Predator untuk 5 HARI SAHAJA, mulai 26 ~ 30 Jun 2019. Tawaran diskaun dan hadiah istimewa menanti anda semua!

TAWARAN PROMOSI ISTIMEWA DENGAN RAKAN KONGSI ACER YANG TERPILIH: KEDAI KONSEP ACER & KEDAI JENAMA ACER & SUPERSTOR (ALL IT HYPERMARKET, HARVEY NORMAN, SENHENG, SNS NETWORK DAN THUNDER MATCH TECHNOLOGY)
Barangan Produk SRP Harga Promosi / Hadiah Istimewa Ganjaran Istimewa
PH315-52-76CQ Predator Helios 300 (Intel® Core™ i7) RM6,199 Free VG240Y Gaming Monitor (bernilai RM549) Edifier Speaker
PH315-52-54KG Predator Helios 300 (Intel® Core™ i5) RM5,399 Free VG240Y Gaming Monitor (bernilai RM549) Office 365 / Galea 500 / Cestus 300
AN515-54-74YP Acer Nitro 5 – 15.6” (Intel® Core™ i7) RM4,399 RM4,249
(RM150 diskaun)
Office 365 / Galea 500 / Cestus 300
AN517-51-797S Acer Nitro 5 – 17.3” (Intel® Core™ i7) RM4,899 RM4,749
(RM150 diskaun)
Office 365 / Galea 500 / Cestus 300
AN715-51-76YF Acer Nitro 7
(Intel® Core™ i7) GeForce GTX1650
RM4,899 RM4,749
(RM150 diskaun)
Office 365 / Galea 500 / Cestus 300
AN715-51-773J Acer Nitro 7
(Intel® Core™ i7) GeForce GTX1660Ti
RM5,199 RM5,049
(RM150 diskaun)
Office 365 / Galea 500 / Cestus 300

 

 

 

 

 

You might also like