ASUS ZenFone 4 Hadir Dengan Teaser Terkini

ASUS telah mula mengeluarkan teaser mengenai peranti ZenFone 4 yang akan datang. Bagaimanapun, melalui saluran laman sosial, didapati empat teaser ZenFone 4 telah dikenalpasti menfokuskan kebolehan fungsi dwi kamera terbaru mereka.

Berdasarkan kongsian Ering sebelum ini, ASUS menyatakan bahawa mereka akan melancarkan sesuatu (ZenFone 4) di Taiwan bulan hadapan. Kini, terdapat sumber mengatakan lima buah model akan diperkenalkan di sana iaitu ZenFone 4, ZenFone 4 Selfie, ZenFone 4 Pro dan ZenFone 4 Max.

Dalam masa yang sama, ZenFone 4 Max telahpun dilancarkan di Russia bulan lalu, manakala untuk model 4V, tiada sebarang maklumat tentang spesifikasi dinyatakan dalam teaser tersebut.

You might also like