
ASUS ZenFone 4 Akan Diperkenalkan Bulan Hadapan?

Laporan baru mendapati syarikat gergasi Taiwan, ASUS akan melancarkan barisan siri ZenFone 4 bulan hadapan dan bukan pada bulan September. Mengikut jadual tahunan, laporan ini menguatkan lagi kenyataan tersebut. Manakala nama-nama yang mungkin tersenarai ialah ASUS ZenFone 4 Pro, ZenFone 4 Selfie, dan ZenFone 4V.

Khabarnya majlis pelancaran akan diadakan pada pertengahan bulan Ogos depan di salah sebuah tempat di sekitar Taiwan. Untuk pengetahuan anda, ASUS ZenFone 4 Max sudah diumumkan secara rasmi oleh syarikat berkenaan di eropah pada awal bulan yang lalu.
Seperti sebelum ini, keluaran siri ZenFone hadir dengan pelbagai variasi dan model, ringkasnya model-model seperti ZenFone 4 Laser dan Zenfone 4 Ultra belum disebut-sebutkan lagi oleh pihak berkaitan.

