
Motorola Moto Z Dengan Kemas Kini Android 7.1.1 Nougat

Motorola telah mula mengedarkan kemas kini Android 7.1.1 Nougat untuk model flagship tahun 2016 iaitu Moto Z. Kemas kini terbaru ini mengandungi ciri seperti aplikasi Duo Video Calling dan beberapa perubahan pada sistem keselamatan untuk Julai.

Sistem operasi terbaru ini sudah boleh dimuat turun secara manual di telefon pintar masing-masing dalam masa terdekat ini dengan membuat semakan di halaman settings. Sementara notifikasi pop-up pula akan mengambil masa dalam beberapa hari sebelum ia dipaparkan di Menu skrin. Buat masa ini, pengguna di Hong Kong dan Indonesia sahaja yang sudah menerimanya.

