Kemas Kini Terbaru OnePlus Membuatkan Peranti Kehabisan Bateri Dengan Cepat

OnePlus baru-baru ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk beberapa model telefon pintar mereka antaranya OnePlus 3/3T, OnePlus 5/5T, dan OnePlus 6/6T. Kemas kini versi terbaru ini dikatakan telah membaiki isu pepijat pada sistem perisian dan beberapa isu lain. Namun, dilaporkan segelintir pengguna telah menghadapi masalah lain iaitu bateri.

Melalui forum OnePlus, ada pengguna mengadu dimana peranti OnePlus 6 yang dioperasikan oleh Oxygen OS versi 5.1.6 dan 5.1.8 telah menghadapi masalah bateri yang cepat habis. Tidak seperti versi sebelumnya, bateri dikatakan menggunakan tenaga yang banyak malah tiada amaran dan peringatan apabila bateri kurang daripada 15 peratus.

Selain itu, pengadu turut memberitahu telefon pintar yang digunakan pernah terpadam secara tiba-tiba walaupun bateri diatas 50 peratus. Isu lain yang berlaku pada kemas kini ini ialah masalah pada aplikasi kamera yang tersekat.

Kami pasti OnePlus melihat perkara ini dengan serius dan mereka mungkin akan mengeluarkan satu kemas kini terbaru dalam masa terdekat ini.

Sumber

You might also like