
Memenuhi tanggungjawab sosial, Acer Malaysia membantu lima organisasi yang terdiri daripada dua buah sekolah rendah, satu sekolah menengah dan dua pertubuhan dengan menyumbangkan sejumlah 45 set komputer dan komputer riba. Peranti yang disumbangkan sebelum ini digunakan dalam kejohanan ping pong di mana Acer adalah penaja, unit-unit tersebut telah dikembalikan selepas itu dan di refurbished dan diberikan kepada organisasi akademik terpilih.
Chan Weng Hong (General Manager of Sales, Product and Marketing of Acer Sales & Services Sdn Bhd) berkata, Acer Malaysia berbesar hati kerana dapat menyumbang dalam pembangunan masa depan akademik dan membolehkan pelajar di beberapa institusi menikmati pembelajaran dengan peranti moden. Menurutnya lagi, Acer Malaysia sentiasa menyokong usaha dan ingin membantu kanak-kanak dalam proses akademik mereka.
Komputer yang disumbangkan adalah dari model Acer Aspire XC, manakala laptop pula adalah dari model Acer Aspire ES14 dan Acer One 14. Peranti-peranti ini bukan sahaja dapat membantu pelajar di sekolah tersebut, malah memudahkan para guru menjalankan proses pengajaran di dalam kelas, hasilnya proses pembelajaran lebih lancar dan kaya dengan isi-isi menarik.
| Organisasi | Deskripsi | Jumlah Sumbangan |
| SJK (C) Chung Pin Linggi | 2 komputer dan 3 laptop | |
| SJK (C) San Min | 3 komputer dan 7 laptop | |
| Chung Hua High School Secondary school | 3 komputer dan 7 laptop | |
| Community Excel Services (CES) | Organsasi yang menawarkan servis kepada golongan berpendapatan rendah. Peranti akan digunakan bagi tujuan pendidikan. | 7 laptop |
| Community Transformation Initiative | Organisasi yang mensasarkan untuk memecahkan kitaran kemiskinan. Peranti akan digunakan untuk kelas tambahan di dalam komuniti PPR. | 3 laptop |

