
Pemain tegar permainan video pastinya tahu akan kepentingan memiliki peranti gaming terbaik, ia bukan sahaja meningkatkan prestasi permainan, malah memberikan keselesaan dalam penggunaan jangka masa panjang.
Logitech G, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran peranti komputer dan aksesori gaming kini memperkenalkan siri baru bagi Prodigy. Barisan peranti baru tersebut terdiri dari dua mouse, papan kekunci dan juga headset.
G403 Prodigy Gaming Mouse

Gaming mouse bagi siri ini terdiri daripada dua variasi, iaitu satu menggunakan sambungan wayar, manakala satu lagi menggunakan sambungan Bluetooth. Dari segi fizikal, kedua-duanya mempunyai reka bentuk yang sama, ia menawarkan keselesaan ketika digunakan dan mempunyai reka bentuk ergonomik yang baik.

Selain itu mouse ini juga dilengkapi sensor terbaik yang ada di pasaran ketika ini, sensor PMW3366 menawarkan respon terpantas dan juga jitu semasa anda bermain permainan. Bagi mereka yang sedikit gusar akan kemampuan variasi gaming mouse wireless, anda tidak perlu risau kerana Logitech G menjanjikan bahawa mouse wireless ini sudah ditala dan mempunyai sambungan 2.4GHz dengan 1ms report rate yang akan menjadikan permainan anda sentiasa lancar.
G213 Prodigy RGB Gaming Keyboard

Direka untuk pemain di semua peringkat, papan kekunci G213 Prodigy menampilkan fungsi kalis tumpahan cecair, keselesaan maksimun dan juga bahan binaan tahan lasak yang mampu bertahan lama. Stand dan alas tangan boleh laras membolehkan anda menetapkan posisi dan darjah papan kekunci sesuai dengan postur, ketinggian dan corak penggunaan anda.
Setiap papan kekunci peranti ini juga dibina bagi memberikan respon yang pantas kepada anda, tambahan pula ia dilengkapi anti-ghosting yang ditala untuk prestasi permainan yang optimum, menjamin tekanan papan kekunci yang jitu, lantas mengelakkan kesilapan dalam permainan. Selain itu, papan kekunci ini juga dilengkapi sistem pencahayaan RGB yang menawarkan anda tetapan sehingga 16.8 juta warna. Anda boleh menetapkan warna cahaya yang anda mahukan melalui Logitech Gaming Software.
G231 Prodigy Gaming Headset

Menggunakan driver 40 mm neodymium, G231 Prodigy Gaming Headset mampu menyampaikan bunyi stereo berkualiti tinggi yang membolehkan anda merasai pengalaman audio yang imersif dalam PC atau konsol permainan anda dari awal hingga akhir. Bahagian earcups pula dilindungi dengan fabrik yang dipilih dengan teliti untuk keselesaan maksimum.
Tidak lengkap sebuah gaming headset tanpa mikrofon terbina dalam, G231 Prodigy mempunyai mikrofon yang mampu merekod suara anda dengan jelas, menjadikan komunikasi semasa permainan lebih lancar. Apabila tidak digunakan, mikrofon ini boleh dilipat masuk ke dalam bahagian dalam badan peranti.

