157 Tan Emas, Perak, Gangsa Dapat Dikumpul Dalam Proses Kitar Semula Galaxy Note 7

Samsung bukan sahaja menanggung kerugian gara-gara menghentikan operasi Samsung Galaxy Note 7, malah banyak bahan berharga tidak dapat digunakan lagi. Dalam temu bual bersama kakitangan Samsung Korea, bukan semua unit Galaxy Note 7 boleh digantikan menjadi Note FE tetapi sejumlah unit yang tidak menepati spesifikasi perlu dilupuskan.

Dengan itu, Samsung tidak mahu sewenang-wenangnya melupuskan malah mengambil langkah dengan mengitar semula peranti tersebut. Dalam proses kitar semula yang dijalankan, mereka telah mengumpul sebanyak 157,000 kilogram emas, perak, gangsa, dan kobalt (sejenis kimia semula jadi). Selain, mereka telah mengasingkan paparan AMOLED, semikonduktor, modul kamera, dan komponen untuk dijual sekiranya unit Note FE mengalami masalah.

Pihak Samsung juga akan bekerjasama dengan syarikat domestik dan asing bagi mengekstrak serta mengitar semula bahagian elektronik di dalam Note 7 dengan cara yang mesra alam. Seterusnya, Samsung merancang untuk memimpin industri dari segi perlindungan alam sekitar dan kitar semula pada masa akan datang.

You might also like