
WhatsApp Akan Menawarkan Ciri Multi-Tasking

Aplikasi WhatsApp adalah satu laman bual yang paling popular digunakan di dunia bahkan ia juga sebuah platfom terbaik untuk berkomunikasi. Aplikasi WhatsApp juga sering dinaik taraf supaya para pengguna dapat berinteraksi dengan lebih baik.

Versi Beta 2.17.265 yang baru ini sudah sedia dipasang pada peranti yang dioperasikan oleh Android O Developer Preview sahaja. Ia juga menawarkan pengguna mengecilkan tetingkap panggilan video sambil membalas atau menghantar teks mesej kepada kenalan lain.

Bagaimanapun, belum ada kepastian lagi adakah apungan tetingkap video ini boleh dialihkan atau tidak. Maka, dengan pengenalan fungsi baru ini, WhatsApp akan menjadi aplikasi sembang pertama yang memperkenalkan ciri sedemikian.

