
Mesti ramai yang berfikir bahawa kelajuan strim video adalah kunci kepada kepuasan tontonan pengguna. Namun menurut kajian yang dilakukan oleh Opensignal, ia sebenarnya hanyalah ukuran absrak sahaja.
Menurut kajian tersebut, kajian tersebut, pengguna Maxis skor yang sedikit rendah berbanding Celcom dan Digi ketika menonton video sungguhpun kajian tersebut Maxis dilihat mempunyai purata kelajuan muat turun terbaik.
Kajian ini yang dilakukan dari 1 September 2018 sehingga 31 Mei 2019 memperlihatkan Celcom dan Digi telah mencatatkan skor yang lebih tinggi bagi skor tontonan video.

Dalam pada itu, pengguna rangkaian Unifi dan U Mobile mengalami pengalaman video yang lemah apabila menstrim video HD. Unifi dan U Mobile mendapat penilaian ‘Lemah’, walaupun Unifi telah memperbaiki skornya – yang hampir dua kali ganda dalam tempoh penyelidikan.
Ukuran matrik pengalaman video Opensignal mengukur dengan dengan tepat apa yang pengguna alami ketika menonton video. Dibina berasaskan Telecommunication Union (ITU) untuk mengukur kualiti video.

Pengiraan dilakukan berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu kualiti gambar, masa diambil untuk loading sesuatu video, dan laporan daripada pengguna. Skala markah adalah 75-100 (terbaik), 65-75 (sangat baik), 55-65 (baik), 40-55 (sederhana) dan 0-40 (lemah).
Kajian tersebut meliputi Celcom, DiGi, Maxis, U Mobile dan rangkaian Unifi.
______________________________
Artikel Berkaitan:
- [Promosi]: vivo S1 Serendah RM1 Dengan Maxis! Tunggu Apa Lagi? Dapatkan Segera!
- unifi Air, unifi Lite & Aplikasi myunifi Diperkenal – Serendah RM79/Bulan
- Ayuh, Dapatkan vivo S1 Secara Percuma Dengan Pelan Celcom Mobile Platinum Plus!
- Kerjasama U Mobile Dan Impact Malaysia Beri Kesedaran Potensi Kepada Belia Menerusi Kempen U…
- Beli Peranti vivo Dengan Digi Postpaid & Rebut Peluang Menang Percutian Bernilai Hingga RM31,000!

