Nubia Red Magic 3S Rasmi – Sokong Snapdragon 855+ & Kamera Utama 48MP

Nubia Red Magic 3S kini rasmi – sebuah lagi penerus legasi peranti baru keluaran Nubia. Ia menawarkan spesifikasi lebih berkuasa kuda dengan penggunaan cip terbaharu, Snapdragon 855+ bersama sistem penyejukan yang dipertingkatkan.

Nubia Red Magic 3S membawakan paparan bersaiz 6.65 inci AMOLED dengan kadar penyegara 90Hz dan nisbah aspek 19:5:9. Ia menempatkan dual pembesar suara dan kamera selfie sebesar 16MP pada paparan hadapan.

Melengkapinya juga, kamera utama dengan lensa tunggal 48MP Sony IMX686 (f/1.7) dengan sokongan LED Flash dan pengimbas cap jari fizikal berbentuk hexagon pada panel belakang. Untuk rakaman video, ia dikatakan mampu merakam video 8K pada 15fps.

Selain itu, ia juga mempunyai dilengkapi sistem penyejukan yang dipertingkatkan – didakwa mampu menghasilkan proses penyejukan dengan lebih baik dan mengurangkan subu teras CPU sehingga 18 ° C.

Untuk memori, ia dipasangkan dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB (UFS3.0). Sistem operasi digunakan adalah RedMagic OS 2.1 berasaskan Android Pie. Pelancaran untuk pasaran globak dijangka pada Oktober kelak.

You might also like