[Tertiris] Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S10+ Muncul Di Internet

Sebelum ini telah tertiris gambar dan spesifikasi bagi Galaxy S10 yang dijangka akan diperkenalkan tahun hadapan. Terbaru, terdapat pula khabar angin dan berita ketirisan tentang Samsung Galaxy S10+ (Galaxy S10 Plus) telah tersebar di Internet.

Melalui pendedahan yang telah dibuat, Samsung Galaxy S10+ dikhabarkan akan menggunakan paparan skrin berukuran 6.44-inci Super AMOLED QHD+. Berbeza dengan generasi sebelum ini, kali ini ia hadir dengan rekaan skrin baharu yang dikenali sebagai ‘Infinity-O’ yang akan menempatkan kamera swafoto di dalam skrin.

Panel belakangnya pula dipercayai menyokong tiga kamera dengan rekaan mendatar mirip seperti rekaan dwi kamera pada Galaxy Note 9 yang terdiri daripada lensa RGB, sudut luas dan juga telefoto. Malah Samsung Galaxy S10+ turut menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Sebagai peranti kelas atasan, peranti ini akan dikuasakan dengan Snapdragon 855 dan mampu menyokong RAM dengan kapasiti maksimum sehingga 12GB.

(Ura-ura) Gambar perbezaan saiz antara Samsung Galaxy S10+ dan iPhone XS Max.

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like