Samsung Galaxy Tab A (2016), Diperkenalkan Dengan Harga Mampu Milik!

1Sebelum ini kita pernah menyiarkan berita mengenai ketirisan Samsung Galaxy Tab A 10.1(2016), hari ini Samsung Malaysia telah mengumumkan tablet terbaru keluarannya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016)

Sebagaimana siri Galaxy A, nampaknya Samsung juga telah menggunakan pendekatan yang sama pada tablet dari siri Galaxy Tab A keluarannya apabila menampilkan penggunaan nama yang sama iaitu melalui penambahan (2016) pada nama model tersebut.

2Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) menampilkan ketebalan hanya 8.7mm dengan skrin berukuran 7.0 inci serta seberat 289g menjadikannya masih selesa untuk dipegang walaupun dengan sebelah tangan. Sokongan paparan IPS LCD beresolusi 1280×800 piksel dan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 410 yang juga hadir dengan memori dalaman hanya 8GB beserta RAM berkapasiti 1.5GB.

3Manakala untuk penggambaran pula ia dilengkapi oleh lensa 5 Megapiksel auto fokus di belakang dan 2 Megapiksel untuk tujuan selfie atau panggilan video. Tablet yang dioperasikan dengan Android 5.1 Lollipop ini telah dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh.

Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) sudah mula dijual di Malaysia pada 23 Mei 2016, dengan harga RM 799 termasuk GST. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu kelabu, putih dan juga hitam.

 

You might also like