

Celcom hari ini terus komited dalam membawa mesej kesedaran tentang keselamatan atas talian di kalangan semua rakyat Malaysia. Langkah ini juga antara agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Menyedari isu yang semakin meruncing mengenai kandungan tidak senonoh di arena sesawang, Celcom menyediakan program Parents Unite for Online Safety di 175 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara menerusi aplikasi dipanggil KidSafe, iaitu aplikasi penapis internet.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaludin yang berkongsi aspirasi pihaknya berhubung TN50. YB Khairy juga memuji tindakan Celcom menyokong hala tuju kerajaan dalam menyediakan persekitaran digital yang lebih sihat.
Maklumat lanjut mengenai KidSafe boleh didapati di laman rasmi Celcom.

