Cara Nak Bersihkan Telefon Korang Dari Kuman!!! – Nombor 5 Kuman Confirm Mati!!!

Sekarang ini, macam-macam penyakit berjangkit yang melibatkan virus termasuklah yang menjadi kehangatan pada ketika ini iaitu COVID-19. So memang jadi keutamaan untuk korang menjaga kebersihan diri dan termasuklah telefon korang pun kenalah bersih sebab sentiasa pegang kan!! So ini ada cara macam mana korang nak pastikan telefon korang sentiasa bersih!!

Jangan Guna Telefon dalam Toilet!

Langkah pertama, korang jangan bawak masuk telefon ke dalam bilik air!!! Memang confirm ramai dari korang yang guna telefon dalam toilet tetapi korang pun tahu kan dekat dalam toilet ini sangat tak bersih!! Jadi lebih baik jangan bawa masuk telefon!! Fokus kerja dalam toilet lagi penting!!

Lap Telefon Guna Mikrofibre

Kalau korang beli telefon, mungkin ia datang dengan kain microfiber. kalau tak ada, anda boleh menggunakan kain yang digunakan untuk lap cermin mata anda atau membelinya dari mana-mana kedai ubat.

Kain itu boleh hilangkan cap jari, minyak dan apa-apa bahan lain dari skrin tanpa mencalarkan skrin. Lap telefon anda dengan bersungguh-sungguh sehingga skrin adalah bersih dari sebarang sisa.

Guna Alkohol & Air

Microfibre ini tak bolehnak matikan kuman tapi korang boleh membeli tisu yang akan membasmi telefon. Korang juga boleh gunakan sebarang bahan kimia yang boleh mematikan kuman pada telefon korang.

Juruteknik dari Skuad Geek Best Buy berkata korang boleh guna isopropil alkohol dan air suling!! Korang campur ke dalam botol dan kemudian basahkan kain mikrofiber dan lap telefon anda.

Tapi perlu diingatkan bahawa terdapat risiko yang perlu korang hadapi tau. Risau telefon rosak kalau tersalah ukuran.

Lindungi Casing Anda

korang mesti guna casing untuk telefon korang. Jadi korang kena jaga juga kebersihan casing supaya kuman tak melekat pada telefon!! Jadi korang boleh lapiskan casing korang menggunakan antimicrobial cover yang boleh menyingkirkan bakteria. Mudah giler!!!

Gunakan PhoneSoap 2.0

Kalau korang nak tahu, Phonesoap boleh membunuh 99.9% kuman. Phonesoap 2.0 menggunakan UV-C light untuk membunuh bakteria dalam masa hanya 10 minit. Tapi mahal laa sikit!!

Jadi, dalam waktu-waktu sekarang ni, baik kita ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tahap kesihatan kita dijaga dengan baik. Jangan bila dah sakit baru nak jumpa doktor!!

_____________________

Artikel berkaitan:

You might also like