OPPO Find X2 Mungkin Sokong Pengecasan Tanpa Wayar 30W?

574
- Iklan -

Pelancaran rasmi OPPO Find X2 nampaknya dijadualkan semula ekoran pembatalan persidangan Mobile World Congress 2020. Pun begitu, maklumat bocor mengenainya tidak pernah putus.

Terkini, Naib Presiden OPPO iaitu Shen Yiren telah mengesahkan bahawa OPPO Find X2 akan datang dengan sokongan untuk teknologi pengecasan pantas 65W. Selain itu, terdapat juga screenshot yang dikongsi di Weibo mendedahkan OPPO Find X2 juga didatangkan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 30W.

Bersama – sama teknologi ini, OPPO Find X2 juga akan menyokong pengecasan berbalik. OPPO juga akan memperkenalkan beberapa ciri baru termasuk sokongan “disable when the battery is too low”, “offset reminder”, “optimize during sleep” dan sebagainya.