
OPPO R9s Telefon Pintar Paling Laku Di China Diikuti Apple iPhone 7 Plus
China merupakan pasaran terbesar telefon pintar dunia pada tahun 2017. Menurut kajian yang dilakukan oleh Counterpoint Research mendapati OPPO telah menduduki tangga teratas dalam penjualan telefon pintar di China. Sebanyak 3% telah disumbangkan menerusi penjualan OPPO R9s sekaligus, membiarkan Apple iPhone 7 Plus berada di belakang dengan penjualan sebanyak 2.8% dan vivo X9 dengan 2.7%.
Ini menjadikan senarai 10 teratas telah dimonopoli oleh syarikat dari China kecuali Apple dengan dua model sahaja dari luar China. Rata-rata ia diselang-seli dengan jenama OPPO, Apple, dan vivo selebihnya honor dan Xiaomi berada di senarai yang seterusnya.
Daripada 10 model ini, China telah menjual hampir 1 bilion unit telefon pintar lantas memperlihatkan rakyat di China lebih tertumpu pada peranti kelas pertengahan berbanding kelas atasan. Selain itu, strategi pemasaran yang dibuat oleh syarikat BBK Electronics yang memegang OPPO, vivo, dan OnePlus ternyata amat berjaya pada tahun lepas.
Dalam masa sama, Counterpoint Research turut menjangkakan paparan hampir penuh akan menjadi standard untuk semua telefon pintar pada tahun 2018.