[Tertiris] Kapasiti Bateri Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Didedahkan

Samsung dikatakan bakal melancarkan peranti induk mereka Samsung Galaxy S9 dan S9+ seawal bulan hadapan. Sebelum menghampiri tarikh pelancaran, kebiasaan kita akan melihat gambar-gambar yang tertiris. Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai rekaan yang mungkin hadir, dan semalam tersebar di arena sesawang mengenai speaker yang ditala oleh AKG.

 

Hari ini pula, sebuah agensi di Brazil mendedahkan maklumat mengenai bateri yang akan digunakan pada kedua-dua peranti tersebut. Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan kapasiti bateri 3,000mAh manakala Galaxy S9+ menggunakan bateri sebesar 3,500mAh. Ini bermakna tiada peningkatan dari segi kapasiti daripada generasi sebelumnya. Kedua-dua peranti didatangkan dengan jumlah voltan yang sama iaitu 3.85V.

Walaupun bateri yang dimuatkan agak kecil untuk paparan beresolusi 2K, tidak mustahil cip pemproses Snapdragon 845 dan Exynos 9810 mampu menjimatkan kuasa. Qualcomm juga mengumumkan cip keluaran mereka 30% lebih efisyen dan cekap tenaga.

Sumber

You might also like