- Iklan -

Qualcomm Snapdragon 845 Diperkenalkan – Kini 30% Lebih Berkuasa

Qualcomm hari ini memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Snapdragon 845, sebuah pemproses yang sedia menjana peranti induk tahun hadapan.

Snapdragon 845 kini diintegrasi bersama Qualcomm Spectra 280 untuk pemproesan imej (ISP) dan Adreno 630 (GPU) untuk sistem grafik. Kejuruteraan terbaru ini akan memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman fotografi dan video yang lebih baik.

Tidak seperti sebelumnya, ia kini boleh merakam informasi warna 64x lebih tinggi dalam HDR serta menyokong main semula pada paparan Ultra HD. Pengguna juga ditawarkan pengalaman realiti-maya (VR) dan realiti-gabungan (AR) setanding dengan cip daripada jenama lain selain memasukkan fungsi Neural Processing Engine (NPE).

Sistem keselamatan dipertingkatkan dengan Secure Processing Unit (SPU) iaitu perkakasan yang direka untuk menambah baik pengurusan data pengguna.

Dengan adanya modem X20 generasi kedua Gigabit LTE, sambungan kini lebih pantas sehingga 1.2Gbps yang membolehkan video bersaiz 3GB dimuat turun hanya dalam 3 minit sahaja. Di samping itu, modem ini juga akan memberikan liputan yang lebih luas dan menyeluruh yang sedia digunakan pada rangkaian 5G akan datang.

Bukan itu sahaja, cip Snapdragon 845 ini turut menawarkan fungsi VoLTE untuk peranti yang menyediakan dwi-SIM slot. Sementara, sambungan WiFi pula 16x lebih pantas berbanding biasa. Dalam masa sama, Bluetooth 5 boleh disambungkan ke beberapa alat pembesar suara secara serentak.

Secara keseluruhan, Snapdragon 845 mampu memberikan 30% lebih berkuasa dalam pemprosesan dan 30% lebih efisyen serta jimat bateri.

Snapdragon 845 akan mula dipasarkan bermula tahun hadapan untuk menjana telefon pintar, set kepala XR, dan komputer.

Spesifikasi Snapdragon 845 :

  • 10nm
  • Qualcomm Spectra 280 – ISP
  • Andreno 630 – GPU
  • Qualcomm Hexagon 685 – AI
  • Snapdragon X20 – modem
  • Secure Processing Unit – SPU
  • Qualcomm Aqstic – audio
  • Qualcomm Quickcharge 4+ – bateri
  • Kryo 385 – CPU
You might also like