Informasi Terbaru Nexus Generasi Baru Dari HTC

2.1HTC nampaknya semakin hampir pasti menjadi pembina peranti Nexus seterusnya, dikhabarkan bahawa mereka akan menghasilkan dua peranti Nexus dan salah satu peranti tersebut hadir dengan kod nama “Sailfish”.

Sailfish dikatakan akan menjadi versi Nexus yang lebih kecil, ia hadir dengan skrin 5-inci berasama paparan 1080p. Sailfish juga akan dikuasakan cip pemprosesan empat-teras 2.0GHz, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Kemampuan optikalnya pula bergantung kepada kamera belakang 12 megapiksel dan juga kamera hadapan 8 megapiksel. Selainitu beberapa sumber mengatakan bahawa peranti ini akan dilengkapi sensor pengimbas cap jari dan juga sambungan type C.

Spesifikasi yang diberikan kelihatan sangat dipercayai, dan Google dijangka akan mengumumkan peranti baru ini bersama-sama pengenalan Android N pada masa kelak.

Nantikan berita selanjutnya daripada kami~

You might also like