
Webe telah melancarkan pelan mobil Internet mereka kepada pengguna Unifi, Streamyx dan juga P1 baru-baur ini. Pelan terbaru itu memerlukan pengguna membayar wang pendahuluan dan juga komitmen bulanan, namun anda boleh menikmati rebat istimewa sekiranya anda disahkan sebagai pengguna Unifi, Streamyx dan P1. Selain itu, terdapat rebat tambahan jika anda memiliki smartphone dengan sokongan sambungan LTE 850MHz.
Namun apa yang paling menarik perhatian pada pelan Internet tersebut adalah langkah Webe meletakkan cas terhadap fungsi tethering. Anda perlu mendapatkan pas Wi-Fi dari laman web Webe pada kadar RM 6.36 untuk dua jam penggunaan fungsi tethering.
Apa pendapat anda tentang langkah yang diambil Webe ini? Adakah berbaloi untuk mendapatkan pelan Internet seperti yang ditawarkan Webe?

