- Iklan -

Huawei Siri Mate 20 Jadi “Raja” Pengecasan Pantas – Atasi iPhone & Samsung

Ketahanan dan saiz bateri merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah telefon pintar. Tambahan pula, pengguna kini lebih cenderung untuk memilih telefon pintar dengan ketahanan bateri yang maksimum.

Memperkanalkan siri Mate 20 merupakan satu langkah terbaik yang diambil oleh Huawei kerana ia dilengkapi teknologi terkini jika dibandingkan dengan beberapa model lain seperti Samsung dan Iphone.

Kuasa Bateri Terunggul

Huawei tenyata begitu bijak apabila menggunakan bateri berkapasiti gergasi untuk siri ini. Mate 20 Pro dilengkapi dengan bateri 4,200 mAh, Mate 20 menyokong bateri 4,000 mAh dan 5,000 mAh pula melengkapi Mate 20X.

Ia membekalkan tenaga yang mencukupi sekaligus menjadikan pengguna tidak lagi berdepan dengan sebarang masalah yang melibatkan bateri. Tidak seperti Samsung Galaxy Note 9 dan iPhone XS di mana masing-masing dilihat hadir dengan saiz kapasiti bateri yang standard iaitu 4,000 mAh dan 3,175 mAh.

Huawei SuperCharge

Selain dilengkapi dengan kapasiti beteri gergasi melalui USB Type-C, siri Mate 20 turut menyokong teknologi pengecasan pantas berasaskan 40 W yang terbina pada model Mate 20 Pro – kebolehan mengecas sehingga 70% dalam tempoh hanya 30 minit.

Keadaan ini dikatakan lebih pantas berbanding telefon tercangih daripada Apple iaitu iPhone XS yang mengambil masa 30 minit untuk mengecas sehingga kira-kira 50 peratus menggunakan pengecas 30W.

Jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 9, Mate 20 Pro sememangnya lebih kedepan apabila hadir dengan pengecasan tanpa wayar 15W. Tidak seperti Samsung Galaxy Note 9 yang hanya menawarkan pengguna pengecasan tanpa wayar Qi pada 7.5W.

Mate 20 Pro turut mendapat kelulusan TUV Rheinland Safety Testing and Certification bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin sepanjang menggunakan pengecasan pantas ini.

Huawei Wireless Quick Charge

Mate 20 Pro juga memperkenalkan teknologi sokongan Wireless Quick Charge yang membolehkan ia digunakan sebagai powerbank untuk telefon berkemampuan pengecasan tanpa wayar lain termasuk siri iPhone X.

Ia sekaligus membolehkan pengguna menjadi ‘penyelamat’ kepada rakan-rakan mereka yang mungkin kehabisan bateri pada waktu yang amat memerlukan.

Dengan kewujudan sebilangan kecanggihan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan siri Mate 20 sememangnya peranti terbaik sekaligus serta layak menjadi ‘raja’ dalam dunia gajet sekaligus mengalahkan iPhone dan Samsung.

_____________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like