
Bagi meraikan juara badminton kebangsaan dan juga merangkap duta Samsung iaitu Dato’ Lee Chong Wei, Samsung Malaysia Electronics telah menganjurkan tawaran menarik melalui program ‘Smashing Great Deals’ sepanjang bulan ini.
Sehubungan dengan kemunculan siri TV Melengkung UHD 2016 di pasaran dengan model KU6500, KU6300 dan juga K6300, pelanggan boleh mendapatkan rebat sehingga RM500 untuk model TV Melengkung UHD terpilih dan juga rebat sebanya RM200 untuk produk Soundbar keluaran Samsung. Malah Rear Speaker yang dijual pada harga RM499 juga kini boleh dimiliki pada separuh harga dengan setiap pembelian Soundbar yang terpilih iaitu model HW-K551 atau HW-K450.
Tawaran ‘Smashing Great Deals’ ini juga telah diperluaskan ke perkakasan digital 2016 keluaran Samsung, yang mana pelanggan boleh menjimatkan sehingga RM400 untuk model terpilih, dan berpeluang untuk membawa pulang Oven Gelombang Mikro bernilai RM289 secara percuma atau Pembersih Vakum bernilai RM269. Tidak cukup dengan itu, Samsung juga turut menawarkan raket badminton edisi terhad yang telah ditandatangani oleh Dato’ Lee Chong Wei kepada pelanggan yang bertuah. Untuk menyertainya, pelanggan boleh membuat pembelian mana-mana produk elektronik Samsung bernilai lebih RM300 di dalam satu resit di kedai Samsung yang terpilih sebagai bukti pembelian.
Dengan menjawab soalan mudah melalui SMS, pelanggan bertuah berpeluang untuk membawa pulang satu daripada 200 raket badminton edisi terhad. Tawaran ‘Smashing Great Deals’ ini berlangsung dari 1 sehingga 30 September 2016.


