Pelanggan U Mobile Bakal Menikmati Telco-Ansurans Pertama Di Malaysia Secara Percuma Selama 2 Bulan

Bagi meraikan pelancaran telco-ansurans yang pertama di Malaysia, U Mobile bakal menawarkan pelanggan prabayar dan pascabayar terpilih dengan langganan GOLIFE 5 percuma selama 2 bulan.

GOLIFE merupakan produk insurans U Mobile yang pertama, pelanggannya boleh memohon, melanggan dan menguruskan insurans hayat mereka sepenuhnya melalui peranti pintar.

Langganan percuma GOLIFE 5 yang bernilai RM5 setiap bulan menawarkan pelanggan:
  • Perlindungan insurans sehingga RM18,000 untuk Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Perlindungan insursans sehingga RM36,000 untuk kematian atau TPD berpunca daripada penyakit-penyakit berjangkit yang spesifik seperti deman denggi, demam chikungunya, malaria, Ensefalitis Jepun (JE), selesema Avian atau jangkitan virus Zika.
Pelan insurans GOLIFE

Selain GOLIFE 5, pelanggan juga boleh memilih GOLIFE 10 yang menawarkan perlindungan sehingga RM76,000 pada premium RM10 sahaja setiap bulan.

Ciri-ciri utama GOLIFE:
  • Pendaftaran mudah dalam talian – Klik & dapatkan perlindungan segera (hanya memerlukan SATU pengakuan kesihatan)
  • Mampu dimiliki – serendah RM 5 setiap bulan
  • Tiada komitmen bayaran tetap – langgan & batal pada bila-bila masa
  • 60 hari tempoh jaminan kepuasan – Batalkan dalam masa 60 hari yang pertama dan dapatkan bayaran balik penuh
  • Umur minimum permohonan pelan GOLIFE ini adalah 18 tahun dan maksimum 45 tahun.

Bagi pelanggan yang dipilih untuk langganan insurans GOLIFE 5 secara percuma selama 2 bulan, mereka akan menerima satu pemberitahuan melalui Aplikasi MyUMobile.

Muat Turun MyUMobile

 

 

You might also like