
OPPO hari ini secara rasminya telah memperkenalkan teknologi kamera pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai 10x Lossless Zoom di Malaysia, setelah MWC 2019.
10x Lossless Zoom adalah teknologi baharu yang dicipta dengan spesifikasi tri-kamera yang terdiri daripada lensa telefoto, lensa ultra-lebar dan kamera utama.
Teknologi ini membolehkan pengguna mendapat hasil yang cemerlang tanpa kehilangan sebarang details pada gambar meskipun di zoom sebanyak 10X, tambahan lagi sokongan OIS turut disediakan pada kamera utama dan lensa telefoto.
Difahamkan juga, teknologi ini juga menawarkan pilihan kamera dengan sokongan hingga 20X. Pun begitu, untuk sokongan 20X ia menggunakan sokongan zoom secara digital. Hasilnya masih pada hadap terbaik dan solid.
OPPO dikatakan bakal muncul dengan peranti yang menggunakan teknologi ini pada suku kedua 2019 kelak.
________________________
Artikel Berkaitan:
- OPPO 10x Lossless Zoom Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 April – Kehebatan Setakat Mana? Semak Gambar…
- Hasil Gambar Lensa OPPO Reno ‘Bocor’ – Dedah Kemampuan ‘Kuasa’ Zoom 10x & Hasil Menakjubkan!
- MWC 2019: OPPO Bakal Perkenal Teknologi Kamera 10x Zum Lossless Dan Peranti 5G Pada Suku Tahun Kedua 2019

