Pendedahan Video Konsep HUAWEI Mate 30 Pro – Sokong Kirin 985!

1111
- Iklan -

Menurut sumber androidheadlines, sebuah video konsep HUAWEI Mate 30 Pro telah terdedah baru-baru ini dengan penampilan reka bentuk yang berlainan dari siri Mate 20 dan siri P30.

Melalui video yang dikongsi, Mate 30 Pro diperbuat daripada logam dan kaca di bahagian belakang dengan pilihan tiga warna iaitu biru, hitam dan merah jambu. Kamera hadapan mungkin menggunakan rekaan takut kecil di sisi kanan, manakala kamera utama hadir dengan lima lensa.

HUAWEI Mate 30 Pro menggunakan paparan skrin 6.39 inci Super AMOLED, sokong pengimbas cap jari dalam skrin, hadir dengan pilihan 10GB/12GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB/512GB/1TB ROM.

Ia juga dilengkapi dengan pemproses Octa-core Kirin 985, kapasiti bateri 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas Type-C dan pengecasan tanpa wayar.

Siri Mate 30 beroperasi di bawah EMUI 9 berasaskan Android 9 Pie, menurut pihak HUAWEI ia bakal dilancarkan pada September atau Oktober tahun ini.