HUAWEI MatePad Pro 5G Rasmi – Sokong Kirin 990 5G + Bateri 7250mAh + 40W HUAWEI SuperCharge

Seiring pelancaran HUAWEI Mate Xs, syarikat terkemuka itu juga memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro 5G dengan rekaan minimalis bersama nisbah skrin ke badan yang tinggi mencapai sehingga 90%. Ia dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 990 5G dengan binaan pemproes 7nm + EUV dalam menyampaikan rangkaian 5G, prestasi dan hayat bateri yang luar biasa.

HUAWEI MatePad Pro 5G menggunakan antaramuka terbaru EMUI 10 berasaskan Android 10 dengan sejumlah fungsi menarik seperti Multi Window, Multi Screen dan HUAWEI APP Multiplier. Ia juga menyokong HUAWEI M-Pen dan papan kekunci magnetik pintar bersama ciri WPS baru untuk produktiviti maksimum. Ia juga menyokong GPU Mali-G76.

HUAWEI MatePad Pro 5G membawakan paparan skrin sebesar 10.8″ dan untuk paduan memori adalah sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Untuk kamera, ia menyertakan kamera utama 13MP dan lensa selfie sebesar 8MP. Ia turut menyertakan  pengoptimasian pada perisian – termasuk sokongan menjalankan dua aplikasi secara bersebelahan dengan mudah.

Melengkapi peranti adalah bateri sebesar 7250mAh dengan pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge. HUAWEI MatePad Pro 5G juga menyokong wireless charging dan reverse wireless charging. HUAWEI MatePad Pro 5G ditawarkan pada harga :

🔥 6GB + 128GB (WiFi) – €549 (~RM2,511)

🔥 8GB + 256GB – €649 (~RM2,969)

🔥 8GB + 256GB (include M Pen & Vegab Leather Edition) – €749 (~RM 3,426)

🔥 6GB + 128GB (LTE) – €599 (~RM2,740)

🔥 8GB + 256GB (LTE – €699 (~RM3,197)

 


 

Pada masa sama, HUAWEI MateBook X Pro juga diperkanalkan dengan rekaan seumpama versi terdahulu. Paparan skrin bersaiz 13.9″ dengan resolusi  3000×2000 dan skri sesentuh. Model baru ini dikemaskini dengan cip Intel Core i7 generasi ke-10 dan paduan memori adalag sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan dilengkapi sokongan kad grafik NVIDIA MX250. HUAWEI MateBook X Pro ditawarkan pada harga seperti :

🔥 i5 + 16GB + 512GB €1,499 (~RM6,862)

🔥 i5 + 16GB + 512GB (MX250) €1699 (~RM7,777)

🔥 i7 + 16GB + 1TB SSD €1999 (~RM9,150)

You might also like