HUAWEI Mate Xs Rasmi – Sokong Kirin 990 5G + 4 Kamera + Pengecasan Pantas 55W

HUAWEI kini muncul dengan pengganti baru untuk peranti lipat mereka menerusi HUAWEI Mate Xs. Peranti ini dilihat membawakan penambahbaikan lebih ketaran berbanding generasi terdahulu.

HUAWEI Mate Xs membawakan paparan bersaiz 8″ apabila dibentang, 6.6″ untuk paparan hadapan (dilipat) dan 6.38″ skrin belakang (dilipat). Ia juga menyertakan fungsi always on display dan new multi window design. Enjin dalaman dikuasakan oleh Kirin 990 5G dengan paduan GPU Mali-G76. Untuk memori, ia dibekalkan dengan 8GB RAM + 512GB ROM.

Melengkapi peranti adalah empat kamera dengan gabungan lensa : 40MP main (wide-angle, f/1.8), 16MP (ultra-wide angle, f/2.2), 8MP (telephoto, f/2.4, OIS) dan 3D Depth Sensing Camera. Lensa ini disertakan dengan sokongan OIS dan AI Image Stabilization dengan keupayaan sehigga 30X Hybrid Zoom. Lensa ini juga menyokong ISO sehingga 204800 untuk penangkapan gambar lebih baik.

Untuk bateri, ia didatangkan dengan kapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Ultra Fast 55W SuperCharge. Di mana berupaya mengecas penuh sebanyak 85% dalam hanya 30 minit. HUAWEI Mate Xs ditawarkan pada harga €2,499 (~RM11,332).

You might also like