Fungsi Carian Imej Terbaru Flickr

992

Flickr kini membolehkan pengguna untuk mencari imej berdasarkan persamaan visual. Sekarang, anda menggunakan imej dan mencari imej lain berdasarkan beberapa ciri yang sama seperti warna, bentuk, komposisi, kategori dan lain-lain.

Di dalam blog, Flickr mengatakan fungsi tersebut menggunakan rangkaian neural kecerdasan untuk menganalisis gambar yang dimuat naik ke pelayan.

Fungsi yang dilancarkan Flickr ini bukanlah sesuatu yang baru, anda juga boleh melakukan carian imej yang sama melalui Google dan juga Facebook. Fungsi ini memudahkan pengguna mencari imej rujukan tanpa perlu menaip tag ciri gambar.