
Gambar Bocor: Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Bersebelahan
29 Mac nanti akan menjadi hari yang besar buat Samsung kerana mereka dijadual akan memperkenalkan peranti flagship terbaru mereka. Berdasarkan laporan yang kita lihat sebelum ini, kita mungkin dapat melihat dua model diperkenalkan iaitu Galaxy S8 dan S8+.
Satu imej bocor menunjukkan kedua-dua model mula tersebar di laman sesawang. Di sebelah kiri merupakan model Galaxy S8 dengan skrin 5.7 inci dan di sebelahnya pula adalah Galaxy S8+ dengan skrin 6.2 inci yang bakal menjadi perhatian pada tahun ini dengan skrin besar berkonsep bezel-less.

