
Tugasan WordPress Kini Boleh Dilakukan Menerusi Google Docs
WordPress melebarkan skop penggunaan servis mereka dengan melancarkan plugin untuk Google Docs. Dalam Chrome, pengguna boleh mengakses Google Docs dan muat turun plugin WordPress. Plugin ini membolehkan segala yang anda tulis dan lakukan di dalam Google Docs diselarikan dengan akaun WordPress anda, memudahkan penyelenggara / penulis laman web melakukan kerja. Walau bagaimanapun WordPress masih belum menyertakan fungsi Publish pada plugin ini, anda perlu buka laman WordPRess untuk menyiarkan artikel anda.
Sambungan ini amat bermanfaat untuk penulis yang berkongsi akaun WordPress dengan penulis-penulis lain. Dengan menggunakan sambungan Google Docs, pengguna WordPress kini mempunyai satu medium yang lengkap untuk berkolaborasi dan bekerja.

