Siri Samsung Galaxy S11 Bakal Disertakan Dengan Kamera Telephoto 48MP?

Sejak dua menjak ini, kita sering disajikan dengan berita mengenai Samsung Galaxy S11. Terdahulu, terdapat khabar angin mendakwa hanya Samsung Galaxy S11 dan S11+ bakal tersedia dengan empat kamera utama yang menyokong lensa telephoto 48MP.

Pun begitu, khabar angin terbaru mendedahkan bawah kesemua model yakni Samsung Galaxy S11, S11+ & S11e bakal membawakan ketersediaan kamera tersebut. Wah, nampaknya kita bakal menyaksikan perlumbaan lensa dengan piksel tinggi semakin sengit!

Memetik maklumat tertiris, Samsung Galaxy S11 & S11+ dikhabarkan bakal membawakan kamera utama dengan lensa 108MP – namun tidak dipastikan lagi sama ada Samsung Galaxy S11e bakal membawakan sokongan yang sama atau tidak. Siri ini dijangka muncul pada bulan Februari kelak, mungkin kita bakal mendengar lebih banyak mengenainya pada masa akan datang.

You might also like