Lazada Malaysia & McDonald Kini Jadi Rakan Digital Boost!!

E-dompet tempatan Boost hari ini mengumumkan kerjasama baharu dengan Lazada Malaysia dan McDonald’s. Kerjasama baharu ini merupakan penerusan usaha Boost untuk menggalakkan penggunaan serentak dan lancar sesama penyedia perkhidmatan digital, bagi memperluaskan perkhidmatan dalam dan luar talian, serta membina ekosistem tanpa tunai dan digital negara yang mampan.  

Bermula hari ini, pengguna Boost yang membeli-belah di Lazada Malaysia boleh membayar dengan mudah ketika check-out dengan log masuk menggunakan nombor telefon bimbit berdaftar dan PIN 6-digit akaun Boost mereka. Di McDonald’s pula, pengguna boleh menggunakan Boost untuk pembayaran dalam talian dan di restoran.  

Untuk meraikan kerjasama yang baru diumumkan, pengguna Boost boleh menikmati diskaun RM11 dengan perbelanjaan minimum RM100 pada hari ini di aplikasi Lazada Malaysia dengan membayar menggunakan Boost. Bermula 19 sehingga 28 Februari pula, pengguna boleh menerima diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50.

Selain itu, pengguna yang menggunakan Boost untuk membayar dalam talian untuk pesanan McDelivery akan menerima rebat tunai bernilai RM5, dengan perbelanjaan minimum RM25. Rebat tunai ini boleh digunakan di mana-mana cawang McDonald’s atau dalam talian melalui McDelivery.


Selain itu, bersempena kerjasama baharu dengan Lazada Malaysia dan McDonald’s, Boost akan mengadakan ‘Pesta Online’ sehingga 31 Mac. ‘Pesta Online’ ialah sebahagian kempen #BoostGotYou yang dilancarkan pada Mac lalu, ketika warga Malaysia mula mempelajari cara untuk kekal selamat sambil mengharungi pandemik.  

Sepanjang enam minggu yang akan datang, pengguna Boost boleh menikmati banyak ganjaran hebat dan penjimatan.

  • Peluang memenangi iPhone 12 setiap minggu, dengan perbelanjaan minimum RM80 di mana-mana kedai dalam talian, dibayar menggunakan Boost. Setiap minggu, 2 iPhone 12 bersedia menjadi rebutan. Jika pengguna berbelanja di rakan kerja terpilih berikut, mereka akan menerima 3x bilangan penyertaan.  
  • Nikmati wang kembali sehingga 28% sehingga 28 Februari, dengan Boost Partner Wallet di rakan dagang dalam talian termasuk pembelian keperluan harian di Potboy, JOCOM dan MyCookingStory; pesanan penghantaran makanan dari EASI dan McDonald’s; serta hiasan rumah dan kesihatan di Bloomspace.co, Mr. Speedy dan Watsons Online.  

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti rangkaian media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp) serta laman sesawang rasmi di www.myboost.com.my. Boost boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

You might also like