
Pada ketika ini, aplikasi Clubhouse sudah menjadi kegilaan ramai pengguna-pengguna iPhone termasuklah min. Banyak chat room yang kita boleh masuk. Tak kiralah sama ada ak dengar sahaja atau nak jadi speaker juga. Banyak topik best!!! Ni min nak share, chatroom yang berjaya mendapat hati min!!!!
Selamat pagi Clubhouse

Chatroom ini min dengar ketika waktu pagi dan dengar topik-topik yang dibincangkan ketika mula buat kerja. Cara para speaker mengolah point mereka sangat baik. Yang best juga, sikap keterbukaan mereka yang ada di dalam chatroom ini sangat awesome!!
How To Use Storytelling As A Leadership Superpower!
Chatroom ini nyata banyak memberikan tips yang berguna bagi mereka yang ingin memperbaiki skil pengucapan awam mereka. Tips yang diberikan tidak hanya bagi mereka yang ingin bercakap di depan penonton yang ramai, tetapi juga berguna ketika berkomunikasi dengan orang dalam situasi yang berbeza.
R&B: Rhythm and Breakfast

Bagi min yang meminati muzik yang santai dan rileks seperti R&B ini, chatroom ini sangat best!!! boleh share lagu-lagu yang syiok dan layan habis. Audience juga dari pelbagai pelusuk dunia tau. Fuhh!!
Sembang-Sembang Sejarah Kita
Bagi mereka yang ingin sembang-sembang mengenai sejarah dengan isi yang kritikal dan diluar fikiran gittew.. Chatroom ini sangat best. Tapi tak semua laa boleh minat enn.
Sembang-Sambil Buat Kerja

Min juga suka dengan chatroom yang ini kerana ia sangat santai. Topik yang dibincangkan juga sangat santai dan rileks. Boleh nak buat hilang stress!!!
Ni min tak habis explore lagi. Nanti kalau ada chatroom yang best lagi, nanti min share.