Android Nougat Meningkat Dengan Perlahan Kepada 2.8% Pada Bulan Mac

Acara MWC 2017 memperlihatkan barisan-barisan peranti terbaru dari pelbagai pengeluar dan majoriti peranti yang dipamerkan adalah menggunakan sistem operasi Android versi terbaru, iaitu Nougat. Mari lihat pertumbuhan sistem operasi Android Nougat semenjak ia dilancarkan.

Jumlah pengguna Android Nougat berkembang dengan agak perlahan, namun menunjukkan pertambahan yang seragam. Kebanyakan peranti yang sudah siap sedia menggunakan Android Nougat sudah dikemas kini ke versi 7.1 manakala sebahagian besar yang sudah dinaik taraf ke Nougat masih lagi berada di versi 7.1.

Bulan lepas menyaksikan Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge mula menerima Nougat secara berkala mengikut kawasan. Lenovo juga mula mengedarkan Nougat kepada Moto G4 dan Z Play, manakala Honor adalah sedang berada di dalam fasa beta untuk Honor 6X dengan EMUI 5.0. Terbaru, LG G6 akan menggunakan sistem operasi Nougat dengan pelan kemas kini untuk G4 dan V10.

Ketika ini Marshmallow masih lagi digunakan dengan lebih meluas berbanding versi lain, diikuti Lollipop dan Kit Kat. Jika anda tertanya-tanya mengapa Android Nougat lambat dikeluarkan kepada pengguna, ianya adalah kerana proses tersebut bergantung kepada pengeluar peranti untuk mengedarkan sistem operasi tersebut kepada pemilik peranti.

You might also like