
Smartphone Google Hujung Tahun Ini?
Smartphone Nexus sememangnya sudah sinonim dengan nama Google, sehinggakan ia dianggap smartphone Android paling tulen. Model-model Nexus dibina oleh syarikat luar dan Google pula menyediakan perisian bagi peranti tersebut. Hasilnya adalah model smartphone yang mempunyai sistem operasi yang minimal, ringan dan juga asli tanpa apa-apa modifkasi dari pihak ketiga.
Namun Google mungkin mahukan lebih dari itu, kerana baru-baru ini dikhabarkan bahawa Google sedang giat menjalankan usaha pembangunan perkakasan smartphone. Dijangkakan juga sekitar hujung tahun ini akan ada pengumuman berkenaan smartphone seratus peratus dari segi peranti dan perisisan dari Google.
Peminat model Nexus pastinya tidak sabar-sabar menanti perkembangan ini, namun anda juga mungkin harus menunggu untuk masa yang lama sebelum ini menjadi realiti kerana Google masih lagi sangat berahsia berkenaan perkara ini.
Bagi pengetahuan anda, LG Nexus 5X akan tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia selepas sekian lama kita menunggu. Peranti ini merupakan peranti saudara kepada Nexus 6P, namun ia dilengkapi spesifikasi yang lebih rendah pada harga yang lebih murah berbanding Nexus 6P.