Magic Cleaner for WhatsApp

IKONSebagai pengguna aplikasi WhatsApp, kita sering menerima gambar-gambar yang tidak ingin disimpan di dalam smartphone, terutamanya gambar daripada group bukan? Kini, terdapat satu aplikasi yang memudahkan anda membuang gambar-gambar tersebut, dikenali sebagai Magic Cleaner. Ia akan mengimbas galeri WhatsApp dan memadam gambar yang tidak diperlukan.

0

Magic Cleaner menggunakan teknologi kepintaran buatan tersendiri, dalam memastikan gambar apakah yang ingin disimpan atau sebaliknya. Sebaik sahaja selesai mengimbas, ia akan menunjukkan gambar-gambar yang ingin padam, dan anda boleh memadamnya dengan hanya satu tap sahaja. Ia sekali gus dapat menjimatkan penggunaan ruang memori dalaman smartphone anda. Bagi pengguna OS Android, anda boleh memuat turun aplikasi Magic Cleaner ini secara percuma di Google Play.

Muat Turun

Android 

  • RM 0
  • 8.5 MB
  • Android 4.0.3 dan ke atas

 

You might also like