
Kodi
Kodi adalah satu aplikasi untuk streaming video yang telah dibangunkan oleh XBMC Foundation, di mana anda boleh menonton video kegemaran secara on-the-go sahaja. Ia boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. Menariknya aplikasi ini, anda boleh menonton movie dan video terbaru dengan pilihan kualiti sama ada HD mahupun 4K.
Bagi memudahkan mencari cerita kegemaran di dalam aplikasi ini, ia telah diasingkan kepada beberapa bahagian iaitu Movies, Video, Muzik dan beberapa lagi serta setiap cerita dan video yang dipilih akan disertakan sekali info ringkas mengenai cerita tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga hadir bersama sarikata yang memudahkan memahami cerita yang akan ditonton.
Muat Turun
- RM 0
- Berbeza pada setiap peranti
- Android 4.2 dan ke atas