Lenovo Malaysia Lancar Tab 4 10 Plus Dan Tab 4 8 Pada Harga Bermula RM749

Dua buah tablet terbaru keluaran Lenovo telah dilancarkan di Malaysia. Ianya menampilkan Lenovo Tab 4 10 Plus dan Lenovo Tab 4 8 masing-masing hadir dengan spesifikasi yang berbeza sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Lenovo Tab siri 4 ini menawarkan keupayaan bateri yang tahan lebih lama iaitu 12 jam dalam menonton video dalam masa sama lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana tanpa tanpa perlu risau akan bekalan bateri. Kedua-dua tablet ini dijana oleh sistem Android 7.0 Nougat dan teknologi dwi speaker Dolby Atmos.

Lenovo Tab 4 10 Plus dimuatkan dengan skrin IPS bersaiz 10.1 inci HD penuh yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 625, RAM 3GB, serta ruang storan 16GB. Ia juga menyediakan slot untuk kad microSD termasuk slot SIM Nano. Sebuah bateri sebesar 7,000mAh turut dibekalkan dan ia dijual pada harga RM1,299 dalam kemasan warna Aurora Black.

Lenovo Tab 4 10 Plus

Lenovo Tab 4 8 dilengkapi dengan paparan 8 inci IPS HD yang dijana daripada cip Snapdragon 425, RAM 2GB, dan storan seluas 16GB. Ia juga menyokong kad memori tambahan dan radio FM bersama bateri berkapasiti 4,850mAh. Tablet ini dijual dengan pilihan warna Aurora Black dan Polar White pada harga RM749 seunit.

Lenovo Tab 4 8

Dua model tablet ini akan berada di pasaran bulan ini di kedai Lenovo Exclusive Store dan Lenovo Multi Brand Store seluruh Malaysia.

You might also like