OnePlus 5 Kini Dengan Kemasan Warna Soft Gold

Semenjak OnePlus 5 diperkenalkan bulan lalu, ia menjadi salah sebuah telefon pintar yang hadir dengan fungsi kamera antara yang tercanggih. Oleh itu, baru-baru ini OnePlus memperkenalkan satu lagi warna baru iaitu Soft Gold sebagai warna tambahan kepada Slate Gray dan Midnight Black.

Keluaran varian ini juga dikatakan terhad untuk pasaran Global serta kemasan ini dilihat seakan-akan sama dengan model OnePlus 3 yang dikeluarkan pada tahun lepas. Konfigurasi untuk versi ini didatangkan bersama kapasiti RAM 6GB dan storan seluas 64GB. Namun, untuk versi 8GB/128GB ia hanya terdapat pada kemasan warna yang terdahulu.

Ketersediaan OnePlus 5 Soft Golf Limited Edition untuk pasaran Malaysia masih belum dimaklumkan oleh pihak OnePlus, tetapi untuk pasaran India tarikhnya akan ditentukan dalam masa terdekat ini.

You might also like