[Tertiris] Spesifikasi Xiaomi Mi 7 – Sokong Snapdragon 845 & RAM 8GB

Semakin hampir dengan pameran MWC 2018 yang bakal berlangsung di Barcelona, nampaknya banyak telefon pintar yang tertiris. Terbaru, satu gambar yang memaparkan spesifikasi sebuah telefon pintar milik Xiaomi tersebar di laman Internet.

Berdasarkan gambar tersebut, Xiaomi Mi 7 menampilkan paparan skrin berukuran 5.65 inci dengan resolusi 2160 x 1080 piksel serta menyokong bateri berkapasiti 4480mAh.

Dikuasakan oleh Snapdragon 845 dengan RAM 8GB, ia turut menawarkan storan 128GB. Dari segi kamera pula, Mi 7 dilengkapi dwi kamera utama 16 MP + 16 MP. Ia adalah peningkatan ketara jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Xiaomi Mi 6.

Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang berita rasmi dari Xiaomi. Untuk spesifikasi sebenar, sama-sama kita nantikan.

Sumber

You might also like