
Snapchat Memperkenalkan Snap Map – Lokasi Rakan Kini Dalam Peta
Snapchat nampaknya mencari jalan lain untuk menandingi pesaingnya (Instagram) yang kini telah menarik ramai pengguna Snapchat untuk beralih. Kini, Snapchat memperkenalkan ciri baru iaitu Snap Map di mana anda boleh melihat rakan anda di peta dunia.
Fungsi pada Snap Map ini digunakan untuk melihat rakaman atau ‘stories’ rakan anda berdasarkan lokasi semasa rakaman diambil. Pengguna boleh membuat zum picit pada Actionmojis rakan di peta seterusnya paparan akan terus membuka ‘stories’ terbaru mereka.
Ini akan berfungsi apabila anda membuat tetapan lokasi, namun jika tidak mahu berkongsi dengan rakan-rakan, anda boleh sahaja menutupnya dengan Ghost Mode.
Muat Turun