
Memperkenalkan Fungsi Perniagaan Dari Instagram
Instagram merupakan salah satu platform media yang banyak digunakan oleh peniaga untuk tujuan promosi dan jualan produk. Dengan semakin ramai peniaga persendirian dan juga syarikat menggunakan Instagram sebagai profil perniagaan mereka, dan sudah tiba masanya Instagram mengambil langkah menyediakan fungsi khas bagi pengguna mereka.
Oleh itu Instagram memperkenalkan Instagram Business Tools yang menawarkan fungsi seperti Business Tools. Fungsi ini membolehkan pemilik akaun memilih cara komunikasi di antara mereka dengan pelanggan dan juga mempromosikan akaun mereka kepada pengguna lain.
Fungsi kedua adalah Insight yang memberikan informasi yang penting kepada peniaga. Informasi yang dimaksudkan adalah corak penggunaan dan demografik pelanggan, dengan ini peniaga dapat merancang dengan lebih baik teknik pemasaran.
Fungsi terakhir adalah Promote, melaluinya peniaga boleh menjadikan post produk mereka yang laris terus menjadi iklan. Dengan cara ini produk dan akaun peniaga akan kebih dikenali dan mendatangkan impak positif kepada perniagaan.


