60,000 PMKS Tempatan Bakal Menerima Manfaat Go-eCommerce Onboarding Bernilai Hingga RM3,000 Menerusi Shopee!!

60,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan masing-masing bakal menerima manfaat Shopee bernilai hingga RM3,000 daripada program Go-eCommerce Onboarding oleh platform e-dagang tersebut. Inisiatif di bawah Belanjawan 2021 ini bertujuan mendorong penggunaan e-dagang sebagai saluran perniagaan dalam kalangan PMKS tempatan dan warganegara Malaysia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Shopee juga membiayai inisiatif ini secara Ringgit-ke-Ringgit, dalam kerjasama bersama Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Terdapat dua buah pakej yang bakal dimanfaatkan oleh para penjual:

  1. Penjual Shopee sedia ada (Telah berdaftar sebagai penjual di Shopee sebelum 1 Julai 2021)
    ● Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee bernilai RM2,500 untuk kedai di Shopee
    ● Rebat yuran perkhidmatan bernilai hingga RM500
  2. Penjual Shopee baharu (Telah berdaftar sebagai penjual di Shopee dari 1 Julai 2021)
    ● Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee bernilai RM1,500 untuk kedai di Shopee
    ● Rebat yuran perkhidmatan bernilai hingga RM1,500

Kedua-dua manfaat yang ditawarkan ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli dari penjual baharu. Ini akan memacu jualan mereka terutama pada peringkat awal berada di Shopee, bagi mendorong pertumbuhan perniagaan dengan lebih berkesan lagi.

Bagi penjual yang sedia ada pula, ia difahamkan bahawa ramai yang mempunyai perniagaan runcit luar talian yang terkesan oleh pandemik yang melanda negara. Manfaat daripada program ini akan membantu mengurangkan kesan daripada pandemik dan mengekalkan aliran tunai bagi mereka melalui jualan menerusi e-dagang. Go-eCommerce Onboarding layak disertai oleh penjual Shopee yang berdaftar yang merupakan warganegara Malaysia, atau tergolong dalam kategori PMKS seperti yang ditentukan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Bagi PMKS, lebih daripada 50% daripada saham syarikat haruslah dimiliki oleh warganegara Malaysia atau entiti tempatan, serta jualan bulanan kedai tidak boleh melebihi RM4 juta.

You might also like