Dell Hadir Dengan Dua Monitor Baharu – Memfokuskan Kepada Permainan Video

911
- Iklan -
 Dell 24 Gaming Monitor (S2419HGF)

Selain komputer riba, Dell turut hadir dengan dua monitor baharu yang dikenali sebagai Dell 24 Gaming Monitor (S2419HGF) dan Dell 27 Gaming Monitor (S2719DGF). Memfokuskan kepada permainan video, monitor ini hadir dengan panel berasaskan TN dan menawarkan kadar segar semula yang lebih tinggi.

Ditawarkan dalam dua pilihan skrin, varian 27-inci hadir dengan resolusi QHD (2560×1440 piksel), manakala varian 24-inci pula menyokong resolusi FHD (1920×1080 piksel). Kedua-duanya menyokong nisbah paparan 16:9, selain turut dilengkapi AMD FreeSync.

Dell 27 Gaming Monitor (S2719DGF)

Menawarkan kadar segar semula yang tinggi, iaitu sehingga 155Hz bagi Dell 27 (S2719DGF), sementara Dell 24 (S2419HGF) pula lebih rendah sehingga 144Hz sahaja dengan masa respon sekitar 1ms. Seperti beberapa monitor lain, monitor Dell ini turut hadir dengan beberapa mod profil yang mengoptimasikan paparan untuk beberapa jenis kandungan, termasuk untuk permainan video.

Kepada yang berminat, kedua-dua monitor ini boleh dibeli pada harga RM979 bagi Dell 24 (S2419HGF) dan juga Dell 27 (S2719DGF) pula berharga RM2,009.

Baca juga: