
Pada hujung bulan Ogos, pastinya kita semua tahu apa maksudnya: ia tiba masanya untukmengibarkan bendera Jalur Gemilang! Menjelang Hari Kebangsaan ke-64 ini, kitaakan menyaksikan anak-anak Malaysia menyertai sambutan bersama fizikal mahupun dalam talian, menerusi gabungan kehadiran fizikal dengan Augmented Reality (AR).

Sementara kita menikmati sambutan secara selamat di rumah, marilah kita sama-sama menyemarakkan hari bermakna ini dengan memberi sentuhan Merdeka yang futuristik dari ruang tamu anda, serta merancakkan lagi perayaan dengan warna kemegahan Jalur Gemilang d Snapchat!
Lancarkan pesta Merdeka secara besar-besaran…tanpa ruang tamu yang bersepah!
Kelilingi diri anda dengan konfeti dan panji hiasan seperi bendera gaya Merdeka untuk menzahirkan semangat patriotik anda dengan Lens Selamat Hari Kebangsaan!
Hayati semangat Kemerdekaan bersama Lens Creators tempatan
Kami bukan sahaja ingin meraikan pencapaian kita sebagai sebuah negara hari ini, tetapi juga mengiktiraf bakat-bakat yang telah membawa kita ke langkah hadapan. Nikmati pengalaman AR hebat yang dibawakan oleh beberapa Creators tempatan dari Snap Lens Network – hayati sejarah kemerdekaan Malaysia dengan Roar of Freedom oleh Creator Muslimah pertama kami, Yukine Suzu, atau serlahkan semangat patriotik secara bergaya dengan cermin mata gelap oleh ExAR.
Semoga idea-idea ini akan menyemarakkan semangat dan menambahkan lagi keterujaan kepada sambutan Merdeka anda. Pastikan anda kekal selamat, namun raikan Merdeka ini dengan sepenuh hati! Selamat Hari Merdeka!!